Tuesday, January 25, 2011

benda-benda yang boleh mengganggu mood

sebenarnya banyak benda yang boleh mengganggu mood aku.seriously.tapi kat sini aku nak cerita 5 benda utama je lah.taip banyak-banyak pun bukan ada orang nak baca.


*****

PERTAMA

bila orang buat aku bangun tidur dalam keadaan terkejut.contohnya bila aku tengah sedap-sedap tidur,ada orang menjerit kat tepi telinga aku.atau ada orang tepuk aku kuat-kuat.seriously,kalau ada orang buat kat aku macam tu,aku akn pukul dia sesedap rasa sampai aku puas.


KEDUA

bila dah bangun tidur dalam keadaan yang tension,aku tetap akn meneruskan rutin aku.bersiap-siap pergi kerja.tapi tengah sedap-sedap bawak motor sambil menikmati keindahan pagi dan menghilangkan tension tadi,tiba-tiba ada orang bawa kereta keluar simpang tiba-tiba.ada 2 pilihan je masa tu.brek sampai tayar aku skidding atau elak ke kanan tapi kena sauk kereta lain dari blkg.manusia-manusia macam ni memang deserve cacian dan makian.


KETIGA

dah dua kali tension untuk hari tu.sampai tempat kerja,sarapan,lepas tu terus sambung kerja.tengah sedap-sedap buat kerja,ade manusia datang untuk menguji kesabaran aku lagi.duduk sebelah aku,cucuk-cucuk pinggang aku.yup.aku amat sensitif kat pinggang.aku dah cakap,jangan la kacau aku tengah buat kerja.tapi macam aku cakap dengan dinding.dia tetap cucuk-cucuk pinggang aku.haih~ sabar......


KEEMPAT

dengan kerja yang banyak,orang kacau-kacau aku.kepala aku mula pening.aku ada migrain.dan membuat design untuk t-shirt bukanlah satu kerja yang mudah.satu-satu design memakan masa beberapa jam untuk disiapkan.tapi tengah-tengah sedap buat design,idea tengah datang melimpah-limpah,satu lagi insiden berlaku.BLACKOUT! ya.perkara ni memang akan membuat aku menjerit-jerit seperti orang kena histeria.


KELIMA

alang-alang dah blackout,aku lepak kat belakang sambil hisap rokok.bila dah tak blackout,aku sambung kerja.kerja..kerja..kerja...sampai ke malam.setiap hari paling awal aku balik pukul 9(kerja sepatutnya 9am-6pm).siap-siap nak balik,ambil kunci motor,kunci pintu kedai.cucuk kunci dekat motor,tengok bar minyak aku dah berkelip-kelip."cilanat.pinjam motor tiap-tiap hari tak pernah nak isi minyak motor aku."tu je yang aku mampu cakap.

******



sampai rumah,mandi,siap-siap untuk tidur sambil berharap semua tu takkan berlaku lagi.tapi tu semua harapan je.

Tuesday, January 4, 2011

Konvoi: New Year Ride to Bekok

depan pintu gerbang


peserta konvoi

silver:fuad oren:adam hitam:aku

kesimpulan: perghhhh!!!! best giler!!!

1 Januari 2011.aktiviti pertama yang aku organize untuk kawan-kawan Gtrian Selatan.konvoi ke bekok.apa itu bekok? bekok atau nama panjangnya hutan lipur sungai bantang adelah tempat orang bermandi-manda kerana disitu terdapat air terjun.faham? kalau tak faham,roger aku.aku bawak pergi sana.

aktiviti bermula dari pagi.semua peserta berkumpul di RV point utama iaitu hentian bas Yong Peng.setelah semua sampai,konvoi bergerak menuju Segamat.berhenti sekejap untuk bertemu 'tuan tanah'.'tuan tanah' ni adalah ahli GT yg menetap di kawasan itu.motif: dia adalah penunjuk jalan untuk ke bekok tu.

motor depan skali tu motor aku

antara motor-motor peserta


setelah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran,akhirnya kami sampai ke destinasi.

sampai di bekok


beberapa aktiviti dijalankan semasa berada disana.pendaftaran untuk ahli-ahli baru,pemberian stiker,'game' dan beberapa aktiviti menarik yang lain.

kami bertolak pulang lebih kurang jam 4ptg.

aku tak pandai nak cakap panjang-panjang..korang tengok je la gambar-gambar ni ye..

cari port

terjun menerjun

mandi!~~

sesi bergambar

sesi bergambar sebelum pulang

marshall

Saturday, January 1, 2011

sorotan 2010

macam-macam perkara terjadi dalam hidup aku,dalam keluarga aku sepanjang tahun 2010 ni..bila kenang-kenang balik,nk menangis pon ada..nk tergelak pon ada..Alhamdulillah semua azam tahun 2010 aku berjaya aku tunaikan..harap-harap tahun 2011 memberi lebih banyak kenangan manis bg aku sebab tahun 2010 aku rasa terlalu banyak kenangan pahit..


azam tahun 2010:


- mula bekerja
- kumpul duit untuk masa depan..(faham-faham la ye...)
- ambil lesen




pencapaian tahun 2010


- sudah bekerja
- dapat kumpul duit
- dapat ambil lesen




'bonus tahun 2010'


- buat syarikat sendiri
- beli motor baru

azam tahun 2011 nanti aku update ye~

selamat tinggal tahun 2010..selamat datang 2011...




entah kenapa aku sedang menangis ketika ini...

Saturday, December 25, 2010

puisi: yang ditinggalkan

yup.aku admit.sekarang ni aku suka berpuisi.gelak la puas-puas.lepas gelak,baca puisi aku ye...huhu

YANG DITINGGALKAN


Hujan renyai di suatu petang
ku duduk seorang
sunyi
sepi menyelubungi segenap ruang
keinsafan
aku sendiri.

Terbayanglah satu wajah
yang cukup ku kenali
wajah yang telah menjagaku
wajah yang telah mendidikku
yang banyak memberi pesanan
tanpa satu aku peduli.

Aku hanyut
dalam dunia sendiri yang aku cipta
hingga aku tinggal keluarga
tinggal semuanya.

Aku sendiri
kelesuan
tiada lagi air mata untukku titiskan
hanya tinggal 
kesepian
nan suram.

Ampunkan aku Ummi
insan yang paling diharapkan
menjadi insan membebankan
andai dapat ku kembali ke masa lalu
kan ku cium kakimu
kerana disitu syurgaku.

Awan mendung berlalu
membawa segala kesepian
kerinduan
pelangi indah kini menghiasi
lantas ku bangun mensucikan diri
bersedia untuk menghadap Illahi.



AZMAN HAIRUDIN
25 Disember 2010.





idea asal: azman hairudin
diedit oleh: effa

Thursday, December 23, 2010

puisi: mimpi

MIMPI

Aku pernah bermimpi
kau sambut tanganku
mesra
dan kau pimpin hingga ke mahligai
mahligai bernama cinta.

Aku pernah bermimpi
kita bersatu akhirnya
melayar bahtera bahagia.

Semua itu mimpi belaka
mimpi yang tiada pengakhirannya 
ngeri

dan mengantui lena malamku.

Kala terbit fajar ufuk timur
aku terjaga dalam lena malam;
yang tak pernah senang
betapa perasaan ini hanyut kernamu. 

kusucikan diriku - reda
kubersihkan hatiku – walau payah
kutuluskan niatku – nan murni
hanya kepadaMu 
aku memohon;
jauhkan aku dari mimpi-mimpi 
yang menghancurkan aku.

Aku tekad
tidak!
beremosi dengan mimpi
yang hampa
demi impian
nan satu.



AZMAN HAIRUDIN
23 Disember 2010





idea asal:azman hairudin
diedit oleh:effa

Tuesday, December 14, 2010

kehidupan baru, kawan baru

asyik cerita pasal aku je dalam ni.kali ni aku nak cerita pasal kawan-kawan yang aku baru kenal sejak awal tahun 2010 ni.tapi aku takkan cerita semua.aku cerita pasal kawan-kawan kerja aku sebab diorang kawan rapat aku sekarang.


*****


pet@john ali


nama sebenar: mohd azly bin kamisan
umur: 25 tahun
hobi: ber'sms' dengan awek-awek.
info: bertindak sebagai seorang abang dalam geng kitorang.muka memang muka mat rempit.tapi dalam hati sentiasa ada taman.tak suka tunggang motor laju-laju.biasanya akan maintain 80-100km/j.memiliki honda jenis ex5 berwarna putih.seorang yang bertanggungjawab dan sangat 'supportive'.sangat kuat membebel.
'quote' kegemaran: "senyum sikit man..muka ketat je...", "shiao niao", "... macam fuad"


*****


fuad ozil


nama sebenar: fuad omardin bin muhammad
umur: 21 tahun
hobi: makan
info: sangat rajin bekerja.suka jalan-jalan(sejak beli motor baru) ke mana-mana saja yang terlintas difikiran.kurang matang dalam membuat keputusan.mungkin sebab dia antara yang muda dikalangan kami.suka tersenyum.jarang marah.
'quote' kegemaran: "otak die..", "jom makan"


*****


sadam


nama sebenar: firdaus bin azam
umur: 19 tahun
hobi: tidur
info: johnny knoxville versi melayu.tu je aku dapat simpulkan.dia ni memang gila.semalam baru jatuh motor sebab bawak laju-laju dalam taman.hampir-hampir masuk parit.satu badan luka-luka.ada pengaruh karam singh walia sebab suka membuat peribahasa sendiri.
'quote' kegemaran: "mulut ko dengan kaki ko same je kn?", "cakap lebat.besar tahi dari buntut.."


*****


tu je la untuk kali ni..banyak kerja..until nest time.see ya~

Friday, December 10, 2010

kerja gila ii

kali ni aku boleh cakap yang kitorang buat benda lebih gila dari ride ke bekok dan ke JB tempoh hari.


sabtu malam ahad.


lepas balik kerja,kitorang lepak-lepak untuk menenangkan minda kat Tasik Y, Batu Pahat.oleh kerana kebosanan yang amat sangat melanda kitorang malam tu,encik f telah mencadangkan kitorang 'jalan-jalan'.kali ni nak ke kuala lumpur.ya,jalan-jalan ke kuala lumpur dengan menunggang motorsikal kapcai masing-masing.tapi sebab kuala lumpur tu jauh sangat,maka kitorang buat keputusan untuk ke melaka je.


lepas dapat persetujuan dari semua pihak(mintak izin ibubapa untuk dapat berkat dan keselamatan perjalanan),maka kitorang pon bergerak ke stesen minyak.lepas motor masing-masing dah 'minum' kitorang pon memulakan perjalanan..


2230: bertolak dari stesen minyak petronas peserai
0000: tiba di stesen minyak caltex area merlimau.rehat kejap.ambil gambar.
0100: lepas pusing-pusing bandar melaka akibat sesat,kami tiba di satu kedai makan area river cruise.
0200: siap makan.mula bertolak balik.
0345: selamat sampai di rumah.


yang paling best,start dari caltex merlimau sampai kitorang balik rumah,hujan lebat mencurah-curah.sejuk sampai ke tulang sumsum.dalam perjalanan balik kitorang ade jumpa rider dari muar on the way ke muar.tapi kitorang berpecah bila nak masuk tol.akhirnya jumpa diorang balik kat tengah-tengah highway sebab motor diorang bocor.


sampai rumah,mandi,bukak laptop online sampai subuh.lepas sembahyang subuh,siap-siap untuk jogging kat tasik y.lepas jogging pergi sarapan kejap.balik rumah pukul 0930.mandi lagi skali,lepas tu offline.hehe...bangun pukul 1530.


kesimpulan: kali ni memang best~ walaupon motor fuad bocor keesokan harinye...hahaha


ni ade gambar yang kitorang ambil masa kt caltex merlimau dan tempat makan.sila jamu mata.hehehe