Tuesday, January 25, 2011

benda-benda yang boleh mengganggu mood

sebenarnya banyak benda yang boleh mengganggu mood aku.seriously.tapi kat sini aku nak cerita 5 benda utama je lah.taip banyak-banyak pun bukan ada orang nak baca.


*****

PERTAMA

bila orang buat aku bangun tidur dalam keadaan terkejut.contohnya bila aku tengah sedap-sedap tidur,ada orang menjerit kat tepi telinga aku.atau ada orang tepuk aku kuat-kuat.seriously,kalau ada orang buat kat aku macam tu,aku akn pukul dia sesedap rasa sampai aku puas.


KEDUA

bila dah bangun tidur dalam keadaan yang tension,aku tetap akn meneruskan rutin aku.bersiap-siap pergi kerja.tapi tengah sedap-sedap bawak motor sambil menikmati keindahan pagi dan menghilangkan tension tadi,tiba-tiba ada orang bawa kereta keluar simpang tiba-tiba.ada 2 pilihan je masa tu.brek sampai tayar aku skidding atau elak ke kanan tapi kena sauk kereta lain dari blkg.manusia-manusia macam ni memang deserve cacian dan makian.


KETIGA

dah dua kali tension untuk hari tu.sampai tempat kerja,sarapan,lepas tu terus sambung kerja.tengah sedap-sedap buat kerja,ade manusia datang untuk menguji kesabaran aku lagi.duduk sebelah aku,cucuk-cucuk pinggang aku.yup.aku amat sensitif kat pinggang.aku dah cakap,jangan la kacau aku tengah buat kerja.tapi macam aku cakap dengan dinding.dia tetap cucuk-cucuk pinggang aku.haih~ sabar......


KEEMPAT

dengan kerja yang banyak,orang kacau-kacau aku.kepala aku mula pening.aku ada migrain.dan membuat design untuk t-shirt bukanlah satu kerja yang mudah.satu-satu design memakan masa beberapa jam untuk disiapkan.tapi tengah-tengah sedap buat design,idea tengah datang melimpah-limpah,satu lagi insiden berlaku.BLACKOUT! ya.perkara ni memang akan membuat aku menjerit-jerit seperti orang kena histeria.


KELIMA

alang-alang dah blackout,aku lepak kat belakang sambil hisap rokok.bila dah tak blackout,aku sambung kerja.kerja..kerja..kerja...sampai ke malam.setiap hari paling awal aku balik pukul 9(kerja sepatutnya 9am-6pm).siap-siap nak balik,ambil kunci motor,kunci pintu kedai.cucuk kunci dekat motor,tengok bar minyak aku dah berkelip-kelip."cilanat.pinjam motor tiap-tiap hari tak pernah nak isi minyak motor aku."tu je yang aku mampu cakap.

******



sampai rumah,mandi,siap-siap untuk tidur sambil berharap semua tu takkan berlaku lagi.tapi tu semua harapan je.

2 comments:

Nurul Farehah Jaamad said...

Salam,

Kesihatan perlu dijaga juga ya..

eN.sahLan said...

adess...aku suka part yang last sekali..hahahahahaha