Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

Esok,31 Ogos 2010,negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Ramai orang sibuk bertanyakan soalan sama setiap tahun.

"apakah erti kemerdekaan bagi kamu..."

Bagi aku soalan tu semua bullshit kalau pandai jawab je tapi x tau ape yang diorg jawabkan.

"merdeka adalah bebas dari penjajahan..."
"merdeka bermaksud diri kita bebas dari segala anasir2 luar yang jahat yang cuba mempengaruhi kita..."

bla..bla..bla..

Pandai jawab x menunjukkan kita faham erti kemerdekaan.Sama  macam jawab soalan2 assignment yang lecturer bagi masa blaja kt universiti/kolej/sebagainya.Ramai je yang boleh jawab.Betul semua pulak tu.Tapi adakah semua betul2 faham apa yang diorang jawab atau sekadar meniru?

Cuba renungkan.Kalau kita bukak mata luas2.Kita lihat apa yang berlaku sekeliling kita.Agak2 masyarakat sekeliling kita ni betul2 faham ke erti kemerdekaan? Dan yang paling penting,

ADAKAH KITA BETUL2 FAHAM ERTI KEMERDEKAAN?

Sunday, August 29, 2010

introduction

Assalamualaikum.

Another boring day in my life..Pegi rumah kawan-kawan tapi semua tgh tido.So aku pon decide lepak2 kt opis.Surf internet,bukak facebook,check email,dan mcm biasa,xde email baru yg aku dpt kecuali email tempahan t-shirt dr pelanggan.Sigh~

Hidup aku ni agak membosankn.Cuma aku perlu satu medium utk aku luahkan segala yg bermain dalam fikiran aku ni.Segala yg terpendam,yang tertanam dalam kepala otak aku ni.Aku bukan orang yg penuh dengan falsafah,bukan orang yg banyak aktiviti menarik untuk dilakukan.Aku cuma ingin berkongsi pengalaman,pendapat atau apa2 informasi yg aku boleh gunakan dalam hidup.

Dari situlah aku terfikir untuk buat blog ni.Tempat untuk aku bebel sorang2.Tempat untuk aku berangan.Tempat untuk aku hamburkan segala makian dan cacian atas apa yg aku xsuka.So kalau ada yg baca blog ni dan xsuka apa yg aku tulis,aku xpeduli.Selagi aku xbuat benda salah,aku akan meneruskan penulisan aku ni.

to be continued...