Saturday, September 25, 2010

kawan II

baru-baru ni aku ada post satu status mengarut kat page facebook aku.tapi komen dari seorang rakan membuatkan aku terfikir masa lalu aku.


macam ni post aku:



maafkan aku kawan-kawan kalau aku mengabaikan kamu ketika aku gembira...

Thursday, September 23, 2010

topik boring: cinta

1 November 2006.tarikh penting dalam hidup aku.aku kenal seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku.sejak dari tarikh tu aku seakan-akan berubah.


7 Julai 2007.setelah sekian lama berkawan,akhirnya dia bukakan hatinya untuk aku.kami bergelar pasangan kekasih.sejak dari itu aku mula bermimpi.aku bukan aku yang dulu.azman yang dulu dah mati.muncul azman yang baru.azman yang baru bukan lagi 'player' macam yang kawan-kawan pernah gelarkannya dulu.azman yang baru seorang yang setia.seorang yang sensitif.seorang yang dah tak gila-gila macam dulu.lebih rasional.lebih matang.


dia banyak mengajar aku tentang kehidupan.dia ajar aku erti cemburu,berkongsi,berkorban,jujur dan macam-macam lagi.aku sayangkan dia.dia sayangkan aku.dialah orang yang paling penting dalam hidup aku.keluarga jatuh no2.kawan-kawan no3.aku dah tak fikir perempuan lain dah.aku nekad,she's the one.dialah yang akan menjadi suri hidup aku.dialah yang akan menemani aku sampai mati.


tapi,macam tajuk lagu la,langit tak selalunya cerah.mana-mana hubungan pon tetap akan mengalami perselisihan.


25 Jun 2009.akibat pergaduhan-pergaduhan lepas,luka semakin parah.kami buat keputusan untuk membawa diri masing-masing.hubungan kami dah tak boleh diselamatkan.


sejak dari tu,aku da macam orang gile da.dok pikir salah-salah yang telah aku buat selama ni.memang banyak.dan aku rasa aku memang patut ditinggalkan.aku mula terfikir keputusan untuk bercouple adalah kesilapan terbesar yang kami buat.masing-masing belum bersedia..urmm..xpelah.aku tak salahkan dia.aku yang belum bersedia.aku terlalu gelojoh.mungkin aku takut dia akan disambar orang lain sampai aku lupa yang aku sendiri belum bersedia.


pengalaman lepas membuatkan aku lebih berhati-hati kepada diri sendiri.aku taknak hancurkan hati sesiapa lagi.


*****


setiap hari kita membicarakan tentang soal cinta.tak kira cinta kepada Allah,manusia,haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.tapi aku yakin,perkara yang paling popular ialah cinta kepada manusia.kadang-kadang aku naik muak fikir pasal cinta ni.tapi nak buat macam mane,aku tak boleh tipu diri sendiri.tak kira berapa banyak pon kawan-kawan yang aku ada,dalam sehari mesti ada terfikir soal cinta.bukan aku taknak bercinta.tapi aku takut.aku takut aku belum bersedia untuk bercinta.aku takut aku akan menghancurkan hati seseorang.cukuplah pengalaman lepas mengajar aku erti cinta.


dan aku harap cinta aku akan datang,akan kekal selama-lamanya.














susah betul ada perasaan ni.ntah ape yang dia nak ntah.tapi kalau tak ada perasaan lagi susah.kawan aku pernah nasihatkan aku:


"lebih baik jadi patung daripada jadi manusia yang tak berperasaan"

Monday, September 20, 2010

kenangan

ish..isk..<guling-guling atas tilam>
ah! tak boleh jadi.lagi 5 minit aku macam ni,boleh mati kebosanan aku.

jadi aku bangun,sarung jeans lusuh aku,capai helmet ms88 aku,sambar kunci motor atas meja,start motor dan perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah.

destinasi aku malam ni,7eleven taman universiti.

langkah aku ke dalam 7e itu disambut oleh cashier comel yang sejak dari awal lagi tersenyum-senyum kat aku.

"selamat datang,boleh saya bantu?"

"kejap ye.."

aku tarik satu cawan slurpee yang paling besar,aku isi dengan slurpee perasa lemon berselang-seli dengan perasa anggur.

"lawa gak aku buat corak pakai slurpee ni.." bisik hati kecil aku.

lepas penuh dan cukup mampat,aku sambar satu straw dan terus ke cashier.

"winston light satu"

"ok."

aku hulur not rm10 dan terus keluar.

aku duduk kat tangga depan 7e tu,tarik sebatang rokok,aku nyalakan.

fuuu...berkepul-kepul asap rokok keluar dari paru-paru aku.ntah dah berapa kilo tar yang tersangkut kat paru-paru aku ni.

tapi aku bukan nak bercerita tentang keburukan rokok.

aku nk bercerita tentang kerinduan aku kepada seorang teman.dulu aku selalu lepak dengan dia depan 7e sambil bercerita tentang kehidupan,tentang cinta.kadang-kadang mengarut.dulu dia selalu tolong aku waktu aku dalam kesusahan.aku pon akan tolong dia semampu aku.

tapi sekarang aku jauh dengan dia.aku dah tiada kawan untuk bercerita.tiada kawan untuk dengar 'ngarutan' dan 'carutan' aku.dia dah nak berjaya.tak lama lagi dia jadi engineer.aku ni masih lagi terkapai-kapai.

ah! aku rindu lepak bersama kawan-kawan.

dan aku harap mereka pon begitu..

Monday, September 6, 2010

perah orak grafik enterprise

dari kiri: sadam hussein, aku, fuad ozil, john ali

ntah kenapa aku nk post gambar ni.

ade aku kesah?


Sunday, September 5, 2010

kawan

aku ada kawan.kamu ada kawan.aku yakin 99.9999999% orang dalam dunia ni ada kawan..


aku suka dgr cerita kawan-kawan aku.yang sedih,yang gembira,yang bodoh,yang pandai.bila kawan aku sedih,aku tumpang sedih.tapi bila aku sedih,aku taknak diorang sedih.aku nak diorang gembira sebab aku akan gembira bila kawan-kawan aku gembira.


aku suka berkawan.aku tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun.aku ada kawan mat rempit,aku ada kawan bekas banduan,aku ada kawan yang berjaya dalam hidup,aku ada kawan yang macam 'imam muda'.
cuma ada beberapa insiden yang berlaku dalam hidup aku yang membuatkan aku terfikir.


ada kawan yang makan kawan. ada kawan yang bagi kawan makan.


kamu rasa kamu jenis kawan yang mana?

Thursday, September 2, 2010