Thursday, September 23, 2010

topik boring: cinta

1 November 2006.tarikh penting dalam hidup aku.aku kenal seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku.sejak dari tarikh tu aku seakan-akan berubah.


7 Julai 2007.setelah sekian lama berkawan,akhirnya dia bukakan hatinya untuk aku.kami bergelar pasangan kekasih.sejak dari itu aku mula bermimpi.aku bukan aku yang dulu.azman yang dulu dah mati.muncul azman yang baru.azman yang baru bukan lagi 'player' macam yang kawan-kawan pernah gelarkannya dulu.azman yang baru seorang yang setia.seorang yang sensitif.seorang yang dah tak gila-gila macam dulu.lebih rasional.lebih matang.


dia banyak mengajar aku tentang kehidupan.dia ajar aku erti cemburu,berkongsi,berkorban,jujur dan macam-macam lagi.aku sayangkan dia.dia sayangkan aku.dialah orang yang paling penting dalam hidup aku.keluarga jatuh no2.kawan-kawan no3.aku dah tak fikir perempuan lain dah.aku nekad,she's the one.dialah yang akan menjadi suri hidup aku.dialah yang akan menemani aku sampai mati.


tapi,macam tajuk lagu la,langit tak selalunya cerah.mana-mana hubungan pon tetap akan mengalami perselisihan.


25 Jun 2009.akibat pergaduhan-pergaduhan lepas,luka semakin parah.kami buat keputusan untuk membawa diri masing-masing.hubungan kami dah tak boleh diselamatkan.


sejak dari tu,aku da macam orang gile da.dok pikir salah-salah yang telah aku buat selama ni.memang banyak.dan aku rasa aku memang patut ditinggalkan.aku mula terfikir keputusan untuk bercouple adalah kesilapan terbesar yang kami buat.masing-masing belum bersedia..urmm..xpelah.aku tak salahkan dia.aku yang belum bersedia.aku terlalu gelojoh.mungkin aku takut dia akan disambar orang lain sampai aku lupa yang aku sendiri belum bersedia.


pengalaman lepas membuatkan aku lebih berhati-hati kepada diri sendiri.aku taknak hancurkan hati sesiapa lagi.


*****


setiap hari kita membicarakan tentang soal cinta.tak kira cinta kepada Allah,manusia,haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.tapi aku yakin,perkara yang paling popular ialah cinta kepada manusia.kadang-kadang aku naik muak fikir pasal cinta ni.tapi nak buat macam mane,aku tak boleh tipu diri sendiri.tak kira berapa banyak pon kawan-kawan yang aku ada,dalam sehari mesti ada terfikir soal cinta.bukan aku taknak bercinta.tapi aku takut.aku takut aku belum bersedia untuk bercinta.aku takut aku akan menghancurkan hati seseorang.cukuplah pengalaman lepas mengajar aku erti cinta.


dan aku harap cinta aku akan datang,akan kekal selama-lamanya.














susah betul ada perasaan ni.ntah ape yang dia nak ntah.tapi kalau tak ada perasaan lagi susah.kawan aku pernah nasihatkan aku:


"lebih baik jadi patung daripada jadi manusia yang tak berperasaan"

2 comments:

LUMUT said...

jgn jadik macam aku,,,,

setia pada orang yang salah..

dan masih bodoh mencintai bayang2...

segalanya sudah tamat.

cerita dulu sudah habis.

kau dan aku mesti kuat..

cuma aku lemah...mati ditelan rasa cinta...damn.

azman hairudin said...

engkau tak lemah mut.aku tak kenal lumut yang lemah.kalau engkau lemah,maknanya aku dah tak kenal kau lagi.

"It just takes some time, little girl, you're in the middle of the ride.
Everything will be just fine, everything will be alright."

jimmy eat world - the middle

p/s:aku tak pandai luahkan perasaan dengan kata-kata.hope lirik ni dapat motivate ko..=)