Friday, October 29, 2010

hitam

ntah kenapa aku suka hitam.dulu aku tak suka hitam.dulu hidup aku warna-warni.sekarang hitam putih merah kelabu.warna-warna gelap dan membosankan.tapi aku selesa begini.mungkin peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup aku sejak beberapa tahun ni telah mengubah persepsi aku terhadap warna hitam.mungkin juga menggambarkan apa yang telah aku lalui dalam masa beberapa tahun ni.ah! malas aku nak ingat balik benda-benda tu.motif aku cakap pasal warna hitam ni sebenarnya sebab aku nk tunjuk design motor aku yang bakal aku realisasikan.kalau ada komen atau cadangan,tulis je.aku tak kesah.


oh lupa nak bgtau.ni motor Modenas GT128.

Saturday, October 23, 2010

ah, sibuk!

bulan oktober 2010.bulan paling sibuk dalam karier aku sebagai pereka grafik.huhu..macam da berpuluh tahun je aku kerja ni.padahal kalau ikut pengalaman,aku ni macam baru beberapa hari je kerja ni.tapi memang serius aku sibuk gile bulan ni.kalau sebelum ni aku buat satu design dalam 2 atau 3 hari,kali ni aku kena/terpaksa/perlu/wajib buat 2-3 design dalam satu hari.aku rasa cecair dalam otak aku ni dah makin mengering sebab selalu kena perah.bulan ni aku rasa macam tak ada life.tiap-tiap hari kerja.ahad pon kalau tak kerja,aku lepak rumah tengok tv.kadang-kadang tv tengok aku.pening kepala jangan cakap la.tiap-tiap hari kena telan panadol.panadol tu dah macam makanan ruji aku bulan ni.mak aku bebel gak sebab aku ni kerja tak ade rehat.tapi nak buat macam mana,rezeki.


harap-harap akan datang aku lebih bersedia kalau perkara macam ni jadi lagi.


bizi sangat sampai bersawang blog ni.

Saturday, October 2, 2010

tanggungjawab

satu hari ketika aku baru balik dari kerja...


aku: assalamualaikum...
mak: waalaikumsalam..
adik aku: <pandang aku sambil sengih2> baman keje lagi tak malam ni?
aku: tak.malas ah.nanti esok takde keje plak.haha
adik aku: <still sengih2 kat aku> ooo..


aku pandang abah aku,mak aku ngan adik aku sume tgh sengih2 kat aku.


aku: nape semua sengih2 ni? aku cuba mencari kepastian.haha..
adik aku: ade borang best untuk baman.
aku: borang ape? mak,borang ape mak?
mak: ko tanye la akim tu mane die simpan borang tu.
aku: mane kim?
adik aku: nah..<still,die masih sengih2 kt aku.>


aku bace borang tu dengan penuh teliti...


aku: hah! biar btol? ketua ajk biro rakan muda masjid?
mak: a ah.tadi haji johari datang mintak ko jadi.dia cakap nama ko da bagi kt penghulu lps tu bg kat pejabat agama.
aku: ish..boleh ke mak..baman nk pegi masjid kalau selain sembahyang jumaat pon susah...
mak: bagus la..lepas ni rajin la sikit ko ke masjid..bangge  mak anak mak ada jawatan dalam kampung ni..lepas ni...
aku: err...ahahaha..lepas ni ape mak? baman jadi ketua kampung? ahahaha...




*****




malam tu aku terfikir...larat ke aku amek tanggungjawab ni? bukan kecik-kecik punye tanggungjawab.kalau setakat jadi ketua darjah masa sekolah rendah dulu boleh la..




seblom tertidur aku cakap kat diri sendiri...
ntah la....