Monday, September 20, 2010

kenangan

ish..isk..<guling-guling atas tilam>
ah! tak boleh jadi.lagi 5 minit aku macam ni,boleh mati kebosanan aku.

jadi aku bangun,sarung jeans lusuh aku,capai helmet ms88 aku,sambar kunci motor atas meja,start motor dan perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah.

destinasi aku malam ni,7eleven taman universiti.

langkah aku ke dalam 7e itu disambut oleh cashier comel yang sejak dari awal lagi tersenyum-senyum kat aku.

"selamat datang,boleh saya bantu?"

"kejap ye.."

aku tarik satu cawan slurpee yang paling besar,aku isi dengan slurpee perasa lemon berselang-seli dengan perasa anggur.

"lawa gak aku buat corak pakai slurpee ni.." bisik hati kecil aku.

lepas penuh dan cukup mampat,aku sambar satu straw dan terus ke cashier.

"winston light satu"

"ok."

aku hulur not rm10 dan terus keluar.

aku duduk kat tangga depan 7e tu,tarik sebatang rokok,aku nyalakan.

fuuu...berkepul-kepul asap rokok keluar dari paru-paru aku.ntah dah berapa kilo tar yang tersangkut kat paru-paru aku ni.

tapi aku bukan nak bercerita tentang keburukan rokok.

aku nk bercerita tentang kerinduan aku kepada seorang teman.dulu aku selalu lepak dengan dia depan 7e sambil bercerita tentang kehidupan,tentang cinta.kadang-kadang mengarut.dulu dia selalu tolong aku waktu aku dalam kesusahan.aku pon akan tolong dia semampu aku.

tapi sekarang aku jauh dengan dia.aku dah tiada kawan untuk bercerita.tiada kawan untuk dengar 'ngarutan' dan 'carutan' aku.dia dah nak berjaya.tak lama lagi dia jadi engineer.aku ni masih lagi terkapai-kapai.

ah! aku rindu lepak bersama kawan-kawan.

dan aku harap mereka pon begitu..

No comments: