Friday, December 10, 2010

kerja gila ii

kali ni aku boleh cakap yang kitorang buat benda lebih gila dari ride ke bekok dan ke JB tempoh hari.


sabtu malam ahad.


lepas balik kerja,kitorang lepak-lepak untuk menenangkan minda kat Tasik Y, Batu Pahat.oleh kerana kebosanan yang amat sangat melanda kitorang malam tu,encik f telah mencadangkan kitorang 'jalan-jalan'.kali ni nak ke kuala lumpur.ya,jalan-jalan ke kuala lumpur dengan menunggang motorsikal kapcai masing-masing.tapi sebab kuala lumpur tu jauh sangat,maka kitorang buat keputusan untuk ke melaka je.


lepas dapat persetujuan dari semua pihak(mintak izin ibubapa untuk dapat berkat dan keselamatan perjalanan),maka kitorang pon bergerak ke stesen minyak.lepas motor masing-masing dah 'minum' kitorang pon memulakan perjalanan..


2230: bertolak dari stesen minyak petronas peserai
0000: tiba di stesen minyak caltex area merlimau.rehat kejap.ambil gambar.
0100: lepas pusing-pusing bandar melaka akibat sesat,kami tiba di satu kedai makan area river cruise.
0200: siap makan.mula bertolak balik.
0345: selamat sampai di rumah.


yang paling best,start dari caltex merlimau sampai kitorang balik rumah,hujan lebat mencurah-curah.sejuk sampai ke tulang sumsum.dalam perjalanan balik kitorang ade jumpa rider dari muar on the way ke muar.tapi kitorang berpecah bila nak masuk tol.akhirnya jumpa diorang balik kat tengah-tengah highway sebab motor diorang bocor.


sampai rumah,mandi,bukak laptop online sampai subuh.lepas sembahyang subuh,siap-siap untuk jogging kat tasik y.lepas jogging pergi sarapan kejap.balik rumah pukul 0930.mandi lagi skali,lepas tu offline.hehe...bangun pukul 1530.


kesimpulan: kali ni memang best~ walaupon motor fuad bocor keesokan harinye...hahaha


ni ade gambar yang kitorang ambil masa kt caltex merlimau dan tempat makan.sila jamu mata.hehehe






No comments: