MIMPI
Aku pernah bermimpi
kau sambut tanganku
mesra
dan kau pimpin hingga ke mahligai
mahligai bernama cinta.
Aku pernah bermimpi
kita bersatu akhirnya
melayar bahtera bahagia.
Semua itu mimpi belaka
mimpi yang tiada pengakhirannya
ngeri
dan mengantui lena malamku.
Kala terbit fajar ufuk timur
aku terjaga dalam lena malam;
yang tak pernah senang
betapa perasaan ini hanyut kernamu.
kusucikan diriku - reda
kubersihkan hatiku – walau payah
kutuluskan niatku – nan murni
hanya kepadaMu
aku memohon;
jauhkan aku dari mimpi-mimpi
yang menghancurkan aku.
Aku tekad
tidak!
beremosi dengan mimpi
yang hampa
demi impian
nan satu.
AZMAN HAIRUDIN
23 Disember 2010
idea asal:azman hairudin
diedit oleh:effa
5 comments:
Salam. Puisi yang bagus. Ada bakat... usaha lagi.. :)
erk.. ni azman hairudin@tok bat ke?
bkn a.samad said?
effa:tq atas nasihat dan tunjuk ajar.
spet:aku xnk jadi dia.aku nak jadi diri aku sendiri. a.hairudin...ahaha
mat player tuka jadi mat bunga?
go to hell please
ye aku tau, nak join?
perghhh..... lentok tahap karma...
pasni sure eddy hamid xleh cari makan
Post a Comment