Saturday, December 25, 2010

puisi: yang ditinggalkan

yup.aku admit.sekarang ni aku suka berpuisi.gelak la puas-puas.lepas gelak,baca puisi aku ye...huhu

YANG DITINGGALKAN


Hujan renyai di suatu petang
ku duduk seorang
sunyi
sepi menyelubungi segenap ruang
keinsafan
aku sendiri.

Terbayanglah satu wajah
yang cukup ku kenali
wajah yang telah menjagaku
wajah yang telah mendidikku
yang banyak memberi pesanan
tanpa satu aku peduli.

Aku hanyut
dalam dunia sendiri yang aku cipta
hingga aku tinggal keluarga
tinggal semuanya.

Aku sendiri
kelesuan
tiada lagi air mata untukku titiskan
hanya tinggal 
kesepian
nan suram.

Ampunkan aku Ummi
insan yang paling diharapkan
menjadi insan membebankan
andai dapat ku kembali ke masa lalu
kan ku cium kakimu
kerana disitu syurgaku.

Awan mendung berlalu
membawa segala kesepian
kerinduan
pelangi indah kini menghiasi
lantas ku bangun mensucikan diri
bersedia untuk menghadap Illahi.



AZMAN HAIRUDIN
25 Disember 2010.





idea asal: azman hairudin
diedit oleh: effa

4 comments:

Anas Saufi said...

gile ah

menyentuh kalbu siot

T_T

Nurul Farehah Jaamad said...

Salam. Ehem2... tukang edit datang ni. Mana air oren, pisang goreng, mee goreng? hehehe... Tahniah kerna berjaya hasil puisi. Bukan mudah mencipta puisi kerna ianya lahir dari hati dan bukannya dibuat-buat! ^_^

azman hairudin said...

terima kasih cikgu~

Nurul Farehah Jaamad said...

cikgu? err, sama2 wahai anak muridku...hahaha.. ^_^