episod kedua...
kali ni lebih gila dari 'ride to bekok' kitorang.
sabtu malam ahad lepas menonton kekalahan Dato' Lee Chong Wei kepada Lin Dan...
"boring siot malam ni.da la badminton kalah..." encik b memulakan perbualan.
"tu la pasal..sia-sia je tgk malam ni.." jawab encik f yang agak kecewa kerana dia peminat tegar badminton.
"weh,jom jb mlm ni." encik s cuba mengayat..
sambil pandang encik f, "amacam?" kata encik b
"jom2.aku xde hal" kata2 encik a meyakinkan kitorg.
"aku xde duit.haha.." encik b cuba berdalih sebab dia dah janji nk balik rumah awal.
"aku support minyak dua2 motor" encik a mencelah..
"jom!" encik b yang pantang dicabar,terus bersetuju...
jadi dengan berbekalkan rm50 dan beberapa batang rokok,kami memulakan perjalanan...
report:
0000: masuk highway
0020: rehat di hentian sedenak
0100: sampai di skudai.rehat lagi
0130: akibat sesat kejap,lambat sampai ke danga bay
0230: bertolak balik
0330: sampai batu pahat
0400: sampai rumah
akibat dari perjalanan yang tak dirancang tu,esoknye aku tengok motor aku bocor.nasib baik tak bocor kat jb tengah-tengah malam...
Wednesday, November 24, 2010
Tuesday, November 23, 2010
kerja gila i (part one)
macam-macam dah kerja gila yang aku buat sepanjang aku hidup ni.kali ni aku nak cerita tentang beberapa kerja gila yang aku buat dalam masa beberapa minggu ni.
satu petang 6 November 2010...
sejak ada motor sedap ni (gt128) aku rajin jalan-jalan dengan kawan.baru-baru ni masa kitorang tengah lepak-lepak,ade satu mulut bersuara...
"esok mane?" tanya encik a
"mane mane?" jawab encik f
"a ah ek.mane ek?" celah encik b
rileks..aku yakin ramai orang kurang faham bahasa kami.haha..so aku bagi translation:
"esok ape plan? nk pegi mane-mane tak?" tanya encik a
"nk pegi mane?" jawab encik f
"btol gak tu.boring la dok umah je.nk pegi mane?" celah encik b
so kitorang pon mula berbincang..
"PD(port dickson) jom" kata encik a
"jauh dow..kalo pegi hari memang tak berbaloi" jawab encik b
"bekok la jom" encik a
"bley gak.nnt aku try tanye budak2 gt sape yg nk join" encik b
jadi keputusan telah dicapai.esok kitorang akan pergi ke bekok.
kitorang buat t-shirt sempena event tu.maklum la,kerja buat t-shirt..senang-senang je tukar-tukar t-shirt...hehe

Sunday, November 14, 2010
topik boring: cinta ii
"The greatest pain that comes from love is loving someone you can never have..."
mesti semua orang pernah dengar quote ni kan? yaa..betul..memang menyakitkan...dan kesakitan itulah yang aku sedang alami sekarang.sakit sangat.hanya Allah yang tau perasaan aku bila orang yang aku sayang,orang yang aku suka,bercerita tentang lelaki lain pada aku.bercerita tentang betapa sayangnya dia pada seorang lelaki tapi bukan aku.aku pun tak tau nak describe macam mana.tapi yang pasti,aku tetap akan mendengar semua cerita dia tentang dia,sambil tersenyum...
dan aku masih tersenyum sedang dia bercerita tentang dia saat ini...
Friday, October 29, 2010
hitam
ntah kenapa aku suka hitam.dulu aku tak suka hitam.dulu hidup aku warna-warni.sekarang hitam putih merah kelabu.warna-warna gelap dan membosankan.tapi aku selesa begini.mungkin peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup aku sejak beberapa tahun ni telah mengubah persepsi aku terhadap warna hitam.mungkin juga menggambarkan apa yang telah aku lalui dalam masa beberapa tahun ni.ah! malas aku nak ingat balik benda-benda tu.motif aku cakap pasal warna hitam ni sebenarnya sebab aku nk tunjuk design motor aku yang bakal aku realisasikan.kalau ada komen atau cadangan,tulis je.aku tak kesah.
oh lupa nak bgtau.ni motor Modenas GT128.
Saturday, October 23, 2010
ah, sibuk!
bulan oktober 2010.bulan paling sibuk dalam karier aku sebagai pereka grafik.huhu..macam da berpuluh tahun je aku kerja ni.padahal kalau ikut pengalaman,aku ni macam baru beberapa hari je kerja ni.tapi memang serius aku sibuk gile bulan ni.kalau sebelum ni aku buat satu design dalam 2 atau 3 hari,kali ni aku kena/terpaksa/perlu/wajib buat 2-3 design dalam satu hari.aku rasa cecair dalam otak aku ni dah makin mengering sebab selalu kena perah.bulan ni aku rasa macam tak ada life.tiap-tiap hari kerja.ahad pon kalau tak kerja,aku lepak rumah tengok tv.kadang-kadang tv tengok aku.pening kepala jangan cakap la.tiap-tiap hari kena telan panadol.panadol tu dah macam makanan ruji aku bulan ni.mak aku bebel gak sebab aku ni kerja tak ade rehat.tapi nak buat macam mana,rezeki.
harap-harap akan datang aku lebih bersedia kalau perkara macam ni jadi lagi.
bizi sangat sampai bersawang blog ni.
harap-harap akan datang aku lebih bersedia kalau perkara macam ni jadi lagi.
bizi sangat sampai bersawang blog ni.
Saturday, October 2, 2010
tanggungjawab
satu hari ketika aku baru balik dari kerja...
aku: assalamualaikum...
mak: waalaikumsalam..
adik aku: <pandang aku sambil sengih2> baman keje lagi tak malam ni?
aku: tak.malas ah.nanti esok takde keje plak.haha
adik aku: <still sengih2 kat aku> ooo..
aku pandang abah aku,mak aku ngan adik aku sume tgh sengih2 kat aku.
aku: nape semua sengih2 ni? aku cuba mencari kepastian.haha..
adik aku: ade borang best untuk baman.
aku: borang ape? mak,borang ape mak?
mak: ko tanye la akim tu mane die simpan borang tu.
aku: mane kim?
adik aku: nah..<still,die masih sengih2 kt aku.>
aku bace borang tu dengan penuh teliti...
aku: hah! biar btol? ketua ajk biro rakan muda masjid?
mak: a ah.tadi haji johari datang mintak ko jadi.dia cakap nama ko da bagi kt penghulu lps tu bg kat pejabat agama.
aku: ish..boleh ke mak..baman nk pegi masjid kalau selain sembahyang jumaat pon susah...
mak: bagus la..lepas ni rajin la sikit ko ke masjid..bangge mak anak mak ada jawatan dalam kampung ni..lepas ni...
aku: err...ahahaha..lepas ni ape mak? baman jadi ketua kampung? ahahaha...
malam tu aku terfikir...larat ke aku amek tanggungjawab ni? bukan kecik-kecik punye tanggungjawab.kalau setakat jadi ketua darjah masa sekolah rendah dulu boleh la..
seblom tertidur aku cakap kat diri sendiri...
ntah la....

*****

Saturday, September 25, 2010
kawan II
baru-baru ni aku ada post satu status mengarut kat page facebook aku.tapi komen dari seorang rakan membuatkan aku terfikir masa lalu aku.
macam ni post aku:
maafkan aku kawan-kawan kalau aku mengabaikan kamu ketika aku gembira...
macam ni post aku:
Subscribe to:
Posts (Atom)