fuuuhhh..
lame gile aku tak update blog ni..actually aku sengaja taknak update blog ni sebab nak menunjukkan yang blog ni memang 'lazy man's journal'..aahaha..boleh diterima tak alasan ni?
okeh2..untuk mengekalkan momentum blog ni (ayat macam popular), aku akan update blog ni paling bangsat pon sebulan sekali la..huhu..sebenarnya banyak yang aku lalui dalam masa sebulan.tapi aku tak sempat nak update.maklumlah..dah ada bisnes sendiri.jarang ada masa nak taip-taip ni..tapi insyaAllah aku akan update gak blog ni.
untuk pengetahuan semua,bulan Jun aritu aku ada trip ke terengganu.yang bestnye,aku naik motor kesayangan aku tu.macam-macam aku lalui sepanjang perjalanan pergi dan balik.
nak tau cerita lebih lanjut? tunggu aku update untuk entri seterusnye bulan depan..(miahahaha)
gurau jer~
tungguuuuu....
Wednesday, July 13, 2011
Monday, March 21, 2011
Wednesday, February 2, 2011
puisi: mencari kebahagiaan
Mencari Kebahagiaan
Aku pernah hanyut dalam gelora cinta
Aku pernah hanyut dalam kesibukan kota
Aku pernah hanyut dalam kemewahan harta dunia
Dalam perjalanan mencari kebahagiaan
Berkali-kali aku tersungkur
Namun
Teman dan keluarga yang aku tinggalkan
Tetap tabah menghulur tangan
Menghulur bantuan di saat memerlukan
Aku sedar
Perjalanan mencari kebahagiaan tidak semudah disangka
Penuh duri dan ranjau
Penuh dugaan dan cabaran
Tapi aku yakin
Kan ku tempuhi dengan tabah
Kerana aku tahu
Mereka sentiasa bersamaku
Azman Hairudin
31 Januari 2011
aku tulis masa tengah baring-baring atas tilam,pada malam yang sejuk,hujan..
Aku pernah hanyut dalam gelora cinta
Aku pernah hanyut dalam kesibukan kota
Aku pernah hanyut dalam kemewahan harta dunia
Dalam perjalanan mencari kebahagiaan
Berkali-kali aku tersungkur
Namun
Teman dan keluarga yang aku tinggalkan
Tetap tabah menghulur tangan
Menghulur bantuan di saat memerlukan
Aku sedar
Perjalanan mencari kebahagiaan tidak semudah disangka
Penuh duri dan ranjau
Penuh dugaan dan cabaran
Tapi aku yakin
Kan ku tempuhi dengan tabah
Kerana aku tahu
Mereka sentiasa bersamaku
Azman Hairudin
31 Januari 2011
aku tulis masa tengah baring-baring atas tilam,pada malam yang sejuk,hujan..
Tuesday, January 25, 2011
benda-benda yang boleh mengganggu mood
sebenarnya banyak benda yang boleh mengganggu mood aku.seriously.tapi kat sini aku nak cerita 5 benda utama je lah.taip banyak-banyak pun bukan ada orang nak baca.
*****
PERTAMA
bila orang buat aku bangun tidur dalam keadaan terkejut.contohnya bila aku tengah sedap-sedap tidur,ada orang menjerit kat tepi telinga aku.atau ada orang tepuk aku kuat-kuat.seriously,kalau ada orang buat kat aku macam tu,aku akn pukul dia sesedap rasa sampai aku puas.
KEDUA
bila dah bangun tidur dalam keadaan yang tension,aku tetap akn meneruskan rutin aku.bersiap-siap pergi kerja.tapi tengah sedap-sedap bawak motor sambil menikmati keindahan pagi dan menghilangkan tension tadi,tiba-tiba ada orang bawa kereta keluar simpang tiba-tiba.ada 2 pilihan je masa tu.brek sampai tayar aku skidding atau elak ke kanan tapi kena sauk kereta lain dari blkg.manusia-manusia macam ni memang deserve cacian dan makian.
KETIGA
dah dua kali tension untuk hari tu.sampai tempat kerja,sarapan,lepas tu terus sambung kerja.tengah sedap-sedap buat kerja,ade manusia datang untuk menguji kesabaran aku lagi.duduk sebelah aku,cucuk-cucuk pinggang aku.yup.aku amat sensitif kat pinggang.aku dah cakap,jangan la kacau aku tengah buat kerja.tapi macam aku cakap dengan dinding.dia tetap cucuk-cucuk pinggang aku.haih~ sabar......
KEEMPAT
dengan kerja yang banyak,orang kacau-kacau aku.kepala aku mula pening.aku ada migrain.dan membuat design untuk t-shirt bukanlah satu kerja yang mudah.satu-satu design memakan masa beberapa jam untuk disiapkan.tapi tengah-tengah sedap buat design,idea tengah datang melimpah-limpah,satu lagi insiden berlaku.BLACKOUT! ya.perkara ni memang akan membuat aku menjerit-jerit seperti orang kena histeria.
KELIMA
alang-alang dah blackout,aku lepak kat belakang sambil hisap rokok.bila dah tak blackout,aku sambung kerja.kerja..kerja..kerja...sampai ke malam.setiap hari paling awal aku balik pukul 9(kerja sepatutnya 9am-6pm).siap-siap nak balik,ambil kunci motor,kunci pintu kedai.cucuk kunci dekat motor,tengok bar minyak aku dah berkelip-kelip."cilanat.pinjam motor tiap-tiap hari tak pernah nak isi minyak motor aku."tu je yang aku mampu cakap.
******
sampai rumah,mandi,siap-siap untuk tidur sambil berharap semua tu takkan berlaku lagi.tapi tu semua harapan je.
Tuesday, January 4, 2011
Konvoi: New Year Ride to Bekok
depan pintu gerbang |
peserta konvoi |
silver:fuad oren:adam hitam:aku |
kesimpulan: perghhhh!!!! best giler!!!
1 Januari 2011.aktiviti pertama yang aku organize untuk kawan-kawan Gtrian Selatan.konvoi ke bekok.apa itu bekok? bekok atau nama panjangnya hutan lipur sungai bantang adelah tempat orang bermandi-manda kerana disitu terdapat air terjun.faham? kalau tak faham,roger aku.aku bawak pergi sana.
aktiviti bermula dari pagi.semua peserta berkumpul di RV point utama iaitu hentian bas Yong Peng.setelah semua sampai,konvoi bergerak menuju Segamat.berhenti sekejap untuk bertemu 'tuan tanah'.'tuan tanah' ni adalah ahli GT yg menetap di kawasan itu.motif: dia adalah penunjuk jalan untuk ke bekok tu.
motor depan skali tu motor aku |
antara motor-motor peserta |
setelah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran,akhirnya kami sampai ke destinasi.
sampai di bekok |
beberapa aktiviti dijalankan semasa berada disana.pendaftaran untuk ahli-ahli baru,pemberian stiker,'game' dan beberapa aktiviti menarik yang lain.
kami bertolak pulang lebih kurang jam 4ptg.
aku tak pandai nak cakap panjang-panjang..korang tengok je la gambar-gambar ni ye..
cari port |
terjun menerjun |
mandi!~~ |
sesi bergambar |
sesi bergambar sebelum pulang |
marshall |
Saturday, January 1, 2011
sorotan 2010
macam-macam perkara terjadi dalam hidup aku,dalam keluarga aku sepanjang tahun 2010 ni..bila kenang-kenang balik,nk menangis pon ada..nk tergelak pon ada..Alhamdulillah semua azam tahun 2010 aku berjaya aku tunaikan..harap-harap tahun 2011 memberi lebih banyak kenangan manis bg aku sebab tahun 2010 aku rasa terlalu banyak kenangan pahit..
azam tahun 2010:
- mula bekerja
- kumpul duit untuk masa depan..(faham-faham la ye...)
- ambil lesen
pencapaian tahun 2010
- sudah bekerja
- dapat kumpul duit
- dapat ambil lesen
'bonus tahun 2010'
- buat syarikat sendiri
- beli motor baru
azam tahun 2011 nanti aku update ye~
selamat tinggal tahun 2010..selamat datang 2011...
entah kenapa aku sedang menangis ketika ini...
azam tahun 2010:
- mula bekerja
- kumpul duit untuk masa depan..(faham-faham la ye...)
- ambil lesen
pencapaian tahun 2010
- sudah bekerja
- dapat kumpul duit
- dapat ambil lesen
'bonus tahun 2010'
- buat syarikat sendiri
- beli motor baru
azam tahun 2011 nanti aku update ye~
selamat tinggal tahun 2010..selamat datang 2011...
entah kenapa aku sedang menangis ketika ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)