Mencari Kebahagiaan
Aku pernah hanyut dalam gelora cinta
Aku pernah hanyut dalam kesibukan kota
Aku pernah hanyut dalam kemewahan harta dunia
Dalam perjalanan mencari kebahagiaan
Berkali-kali aku tersungkur
Namun
Teman dan keluarga yang aku tinggalkan
Tetap tabah menghulur tangan
Menghulur bantuan di saat memerlukan
Aku sedar
Perjalanan mencari kebahagiaan tidak semudah disangka
Penuh duri dan ranjau
Penuh dugaan dan cabaran
Tapi aku yakin
Kan ku tempuhi dengan tabah
Kerana aku tahu
Mereka sentiasa bersamaku
Azman Hairudin
31 Januari 2011
aku tulis masa tengah baring-baring atas tilam,pada malam yang sejuk,hujan..